WOW I LOVE MY FIRST COPYCAT! ^^
Wednesday 29 May 2013 | 6:57 pm | 19 comments



Assalamualaikum and Annyeonghaseyo! Petang petang macam ni seronok cerita pasal copycat. Lagi lagi pulak ni copycat pertama Ween ahaha so excited lah puih. Before tu, Ween bagitahu siap siap lah ye yang entry ni bukannya niat nak mengaibkan orang atau apa.  Identiti copycat dirahsiakan =)


Kisahnya bermula macam ni .... /background music sedih/ semalam Ween blogwalking then jumpa satu blog ni. Namanya si A. Masuk masuk je blog si A tu terasa hot sekali sebab nampak banyak benda yang familiar dalam blog beliau. Ween pun macam oh yeah my first beloved copycat! ehehe ceh takde lah tipu je. Apa perasaan korang bila first time dalam seumur hidup korang jumpa copycat blog korang? Bukan copy punya cat sikit sikit maa, ini sebijik sejibik sebetik okay /kipas kipas/


Then tanpa membuang masa ecewah ayat karangan. Yelah lepas tu Ween serang /go go go/ si A ni punya cbox. Ween tanya bebaik "did you open my page source?!" ek eleh speaking sikit lah sebab si A ni pun kpopper kan so memang suka speaking lol. Time tu dah pukul 1,2 pagi dah so Ween tunggu keesokan harinya..............


Keesokan harinya which is hari ni lah kan, Ween cek cbox. Si A tu reply yang dia tak bukak pun page source Ween. Dia kata kawan dia yang edit. Ween pun mintak lah fb kawan dia yang edit ni. Bila dah temu ramah kawan si A ni iaitu si B, keluar cerita lain pulak. Haih budak budak ni aku cepuk jugak kang.


Si B ni pulak kasitahu yang kawan beliau iaitu si C yang bagi code. Si B ni kononnya tidak bersalah kerana beliau cuma mengedit blog si A. So ketua segala kepala ialah si C. Dari mana dia ambik code tu? Hah suspen tak suspen tak? Lepas si B tu bagi link twitter si C, dengan beraninya Ween pergi mention si C. Bunyinya begini "Kau ke yang edit blog [link blog si A] ?" dan masih menunggu si C ni membalas.


Harap harap si C ni boleh jelaskan lah eh dari mana datangnya code tu. Kalau dia taknak mengaku pun tak apa, biarkan je. Itu urusan beliau dengan Allah. Kita cuma mampu tegur je. Manusia~ Tapi bila difikir-fikirkan balik, semua ni macam dirancang pun ada. Lepas Ween judge balik cara si A dan si B chat dengan Ween tadi, macam ada sesuatu yang aneh. Tapi apa ya? Ehehe entah lah nak tuduh pun tak baik jugak. Biarlah kan. Kalau diorang tipu, dosa masing masing tanggung. Cuma lepas ni Ween tak nak ada kaitan dengan diorang bertiga. Harap maklum dan harap maaf kepada si A, si B dan si C.


Ni saja screencap nak bagi nampak persamaan. Gambar kat bawah ni yang menunjukkan semuanya sama dengan blog Ween :') Klik gambar baru jelas. p/s: Ween dah tukar skin so dah tak boleh compare. Nak tengok skin ni boleh klik sini





Gambar atas ni gambar blogskin dia. Wow even style blockquote pun sama ;)


Bias list ni berjam jam Ween edit tau tak. Sedapnya main kopi pasta. Sebijik pulak tu dengan bias bias aku sekali kau kebas.


Gambar kat bawah ni pulak lepas dia tukar blogskin baru. Ya BARU tapi kenapa ...... macam familiar jugak?............


Even bias list masih kekal macam tu ohoho good job!



Hah dah penat mengkaji blog si A. Nampak sangat si C yang bagi code tu dah bukak punggah page source Ween kan. Obvious sangat lah :') Apa apa pun si A dan si B ni dikatakan tidak bersalah sama sekali sebab bukan mereka berdua yang curi code. Tak tahu nak percaya atau tak. Zaman sekarang, susah nak percaya orang yang kita tak kenal. Jadi rakan-rakan blogger sekalian, ambiklah pengajaran daripada kes copycat ni. Jangan jadi salah seorang daripada mereka yang tak reti nak hargai hasil kerja orang lain.


Walaupun blogskin yang Ween guna ni bukan blogskin Ween, tapi Ween dah habiskan banyak masa untuk edit sampai berwajah baru and pinky macam ni ehehe pinky gitu. At least credit lah sikit ke mintak izin dulu atau kalau nak copy pun janganlah direct gitu. Limitkan sama. Ini tidak. Main copy paste semua macam tu. Senangnya hidup. Well mana ada orang suka bila ada orang copy hasil kerja dia kan. Sebijik pulak tu. Ween ingat nak disable right click tapi Ween tahu orang tak suka kan. Harap lepas ni tak jumpa dah copycat macam ni.


Kepada si A dan si B yang mintak maaf tadi tu, jangan risau kita dah 0-0 balik. Jangan disimpan dalam hati. Jadikan sebagai pengajaran. Maaf kalau entry ini ada buatkan sesiapa terasa atau tak suka.

Adios.