[TAMAT] CONTEST : Kind of boy/girl that I'm attracted to by Syeera Hrif
Monday, 24 December 2012 | 11:35 am | 4 comments





Assalamualaikum.

Yo harini aku nak join contest yang yui buat. selamber badak jeh aku panggil yui. hehe aku suka nama tu. thanks to yui sebab buat contest ni. dapatlah mengisi masa lapang den /menipu/ kalau nak join klik je banner osem tu. tujuan aku join ni pun sesaje nak nengok kehebatan aku dalam memerah otak menge-list-kan characteristics lelaki idaman aku. cewahh. gerenti aku akan teringat bias-bias tersayang masa buat entry ni -.- ekceli dulu dah pernah listkan benda ni. siap letak tajuk "Pangeran Penggoda". hamboi entah mana lah aku dapat tajuk tu. dulu aku kan kaki sinetron mat indon -.- penat aku korek satu bilik tadi cari buku tu . time tu tak matang lagi so kali ni nak list ikut kematangan aku sekarang hehe ye ye aku matang k. aku ni jenis yang memilih la jugak. kalau boleh aku nak L.joe. tapi aku jugak jenis yang akan terima segala kelebihan dan kekurangan bias lelaki tu. aku tau takda manusia yang perfect, cuma aku harap suami aku nanti ada most of the characteristics yang akan aku listkan ni. aku tak dapat bajet ah berapa banyak akan ada nanti so kita tunggu dan lihat hehe

1. Korean /halo halo testing mic 123/

1. Yang paling penting lelaki tu kena kuat beramal soleh so that dia sentiasa bimbing aku ke arah kebaikan and beragama Islam memang wajib lah kan

2. Understanding. aku nak dia faham aku and aku pun akan try sebaik mungkin untuk faham dia.

3. Lelaki yang tahu menghargai orang kat sekeliling dia

4. Terima aku seadanya. Lelaki tu kena terima segala kelebihan mahupun kekurangan aku

5. Aku suka lelaki yang tinggi daripada aku. tapi kalau dah jodoh dapat yang rendah sikit pun takpe. comel macam L.joe hehe

6. Pokerface macam myungsoo, leo, etc tapi perangai sebenarnya nakal lol

7. Open minded

8. Yang boleh dijadikan kawan. err -.- maksudnya walaupun tengah couple or kawen or what, lelaki tu boleh dijadikan macam kawan biasa untuk kita kongsi cerita

9. Just in case lelaki tu memang bapak punya gila kaya and berpangkat and famous, jangan sesekali SOMBONG. aku benci lelaki sombong tahap gaban punya sombong

10. Kalau kena puji, rendah rendahkanlah diri tu. Aku menyampah tengok orang yang cakap besar and bajet bagus habis

11. Romantik tapi jangan melebih sangat. cukuplah se-greasy woohyun tu je hehe

12. Pandai layan budak-budak. Alahaiiii lelaki macam ni aku suka. ada ciri-ciri boleh jadi suami yang baik. lagipun mesti comel je kan. cer bayangkan bila lelaki layan budak-budak. nak nak pulak kalau lelaki tu memang comel tahap ASDFGHJKL 

13. Pandai masak macam woohyun. Nanti kiteorang boleh masak sesama, pakai apron couple, beli barang dapur sesama. wahhh alangkah indahnya dunia ini

14. Bukan perokok. Lelaki yang TAK PERNAH and TAKKAN PERNAH try hisap rokok walaupun cuma rokok daun lol

15. Badan tak berbau yang tidak menyenangkan. Kalau sikit je okay lagi boleh aku spray perfume satu badan tapi janganlah kalau teruk sangat tu. nanti aku kena bawak pergi jumpa pakar

16. Support aku selagi benda tu tak bertentangan dengan agama

17. RESPECT minat aku. KPOP POP POP or whatever POP pun, hang kena respect

18. Matang. haih dah besar gajah dah takkan tak matang lagi kot. matang aku ni maksudnya perangai tu biar elok sikit jangan asyik nak mengutuk mengata

19. Gentleman. hihi mesti lah kena gentleman barulah macho yo

20. Absolutely BUKAN PLAYBOY atau KAKI PEREMPUAN or apa apa jelah. jangan pulak bila tengok sikit perempuan comel nak usha usha menggatal aku baling selipar kang

21. Berlesung pipit. kalau boleh dua-dua belah HA HA HA k comelnya weh ;AA;

22. Pentingkan kebersihan diri and etc. 

23. Pandai ambik hati orang 

24. Lelaki yang sangat prihatin TAPI jangan terlalu prihatin sampai dikatogerikan MENGONTROL

25. Sentiasa berhati-hati. kena lah berhati-hati dalam semua bab. jangan jadi careless careless shoot anonymous anonymous

26. Lelaki yang pemurah

27. Happy-go-lucky

28. Egonya rendah. kalau ego tinggi confirm senang bergaduh

29. Selalu ada untuk aku masa susah mahupun senang. jangan asyik sibuk hal lain je sampai aku pun dia tak berapa nak layan

30. Peramah. lelaki yang cakap banyak mesti best. takde lah boring bila lepak dengan dia. eh TAPI jangan cakap banyak sangat sampai aku pun muak 

31. Suara perlahan. eh macam mana nak describe ni? -.- aku suka lelaki yang bila cakap tu slow je suara dia. macam lembut je and kena ada unsur-unsur macho sedikit sebab aku senang melting walaupun baru je dengar suara kat fon TAPI bukan suara pondan lah haha pengsan aku nanti

32. Lelaki yang pandai pilih perfume. ehhe aku suka sangat bila lalu kat sebelah lelaki, bau perfume dia tu menarik hidung perhatian aku. feewittt. i wonder apa lah bau oppa oppa semua sob ;_;

33. Banyak topik untuk dikongsi. contoh kalau otp, mesej, tweet, chat or whatever lah kan, lelaki tu kena pandai wujudkan suasana yang best. jangan asyik "hmmm hmm hmmm" je. aku pun bosan

34. Kalau boleh, nak lelaki yang ada banyak minat sama. ciri-ciri ni lah yang aku suka sangat. sedondon je. mesti macam "wowww jodoh ni jodoh"

35. Lelaki yang pandai bergaya. tak nak yang selekeh sangat and tak nak yang OVER sangat. biar ada rupa manusia tu kira okay lah lol

36. Say NO to lelaki yang berambut keriting. tapi kalau aku tengok tu comel and sesuai dengan muka dia, kira boleh lah. tak nak la yang macam sarang tebuan tu naik rimas aku

37. Dari segi kulit, aku suka yang putih merah merah pink tu lahaiiii comel je. kalau dia blushing mesti lagi comel kan ~.~ kulit macam L.joe lagi lah perfect hehe woohyun pun okay apa eh eh myungsoo pun k stop

38. Mata pulak kalau sepet sikit pun okay sebab oppa oppa ramai yang sepet comel lol tapi yang mata bulat pun comel tapi janganlah terlalu sepet and bulat sebab aku takut

39. Lelaki yang pandai martial arts skill. eh entah betul ke tak nama benda alah tu. aku search gugel tadi. hehe aku suka bila tengok EXO'S TAO perform benda ni. cair mak jemah tau. udah ler mamat tu pun comel

40. Lelaki yang cintakan muzik. pandai main gitar, piano, drum, nyanyi, menari, cipta lagu untuk aku. aigoo lelaki yang macam ni aku rasa nak kidnap je. macho weh ;_; 

41. Moodmaker and troublemaker macam woohyun. hehe ok aku suka bila aku tengah sedih or bad mood, lelaki ni try gila-gila nak buat aku gelak balik. contoh macam dalam scene TTBY /maaf kepada yang belum menonton/ yang senior seungri pakai topeng hape entah untuk bagi pempuan tu gelak. ahh aku lupa nama pempuan tu tapi scene tu poreber akan ku ingat. boleh nampak kan lelaki tu try gila-gila nak wujudkan suasana best

42. Tahap kepandaian tu kena tinggi lah jugak sebab aku suka bila lelaki tu yang ajar aku bab-bab pelajaran ni /innocent face/ Tapi kalau sederhana or kurang sikit pun takpe asalkan semangat dia tinggi untuk terus berjaya

43. Aktif dalam bidang sukan. lelaki macam ni macho ~.~

44. Lelaki yang penuh dengan kejutan. aku suka surprise

45. Tak mencarut. walaupun sekadar bodoh or bangang. sekecik mana pun aku tak suka walaupun aku ni kadang-kadang terlepas /bows/

46. Lelaki yang jual mahal bertempat. jangan semua tempat pun nak jual mahal sampai kena cop sombong pulak

47. Lelaki yang suka pakai kemeja/kot hitam. ASDFGHJKL /pengsan/

48. Aku suka lelaki rambut blonde macam L.joe ;_; ada tak lelaki Islam yang natural blonde? lol k ignore 

49. Lelaki yang cepat pick up. kalau terlalu slow tu sampai semua benda tak faham, errr sory lah

50. Suka kucing atau hamster haha atau apa apa jenis binatang yang comel lah. mesti comel tengok lelaki main kucing macam Leo-ssi ;_; 

51. Amanah. Yang ni penting

52. Bertanggungjawab walaupun kat benda-benda kecik je

53. Walaupun aku hardcore kpopper, aku tak suka lelaki yang terlalu hardcore kpopper sangatlah. kalau macam tu tak menarik. lelaki yang kurang ilmu kpop berbanding aku mesti lagi comel bila sembang pasal kpop. Nak fanboy yang gitu-gitu je hihi

54. Bukan mata duitan. Aku benci gila lelaki macam ni

55. Lelaki yang percaya aku lebih daripada orang lain walaupun bila aku difitnah and fitnah tu dianggap  betul bagi orang lain

56. Lelaki yang sanggup korbankan diri dia untuk protect perempuan and orang yang dia sayang

57. Bila dia sedih, dia akan try sembunyi perasaan tu sebaik mungkin and bila kantoi dia jawab "sebab saya taknak awak risau and sedih jugak". ayayayaya

58. Pandai bergurau tapi jangan lebih-lebih sampai menyinggung perasaan orang lain

59. Suka berfikir untuk masa depan. biar teratur

60. Walaupun tengah marah pasal masalah lain, dia takkan lepaskan kemarahan dia kat aku

61. Tak pernah ungkit benda yang aku tak suka

62. Tak pernah and takkan pernah bandingkan aku dengan perempuan lain

63. Tak judge segala benda yang aku minat

64. Aku suka lelaki yang minatnya tinggi dalam bidang fotografi. lelaki yang gantung kamera dslr kat leher sangatlah macho. dapat pegang tu pun ok lah -.-





65. Susah bangun pagi. hehe weirdo ._. aku jenis yang AGAK senang lah jugak bangun pagi kecuali kalau dah ngantuk tahap gaban memang susah lah so aku suka lelaki yang susah bangun pagi. aku nak kacau dia tido hihihi. TAPI janganlah terlampau susah kang dua-dua tak sembahyang subuh

66. Nakal yang ada limit okay jangan nakal sangat nanti kena humban dalam guni

67. Lelaki yang suka puji aku. i mean walaupun aku tak make up lawa-lawa or what dia still akan puji even secebis sekecik zarah pun aku akan tersenyum

68. Lelaki yang akan tanya pendapat aku pasal benda yang dia buat tu maksudnya aku ni penting untuk dia

69. Lelaki yang selalu senyum walaupun tengah bad mood

70. Berani. as a MAN yes kena lah berani

71. Aku suka lelaki darah A and B ;_; ini semua gara-gara insan-insan tersayang yang bergelar “oppas”

72. Cool. tak cepat naik angin

73. Menepati masa sebab aku benci menunggu

74. Senang memaafkan orang lain 

75. Manja (?) hehe

76. Sangat mementingkan kejujuran

77.  Tegur dengan cara baik bila orang buat salah. Jangan tetiba main tengking je

78. Memiliki bulu mata yang lentik dan panjang

79. Lelaki yang ada eye smile. bila senyum tak nampak mata dia hihi

80. Lelaki yang suka berjam tangan hitam/putih 

81. Tak pilih kasih

82. Lelaki yang pakai tank top /lol boleh macam ni? Hehe/

83. Pandai jaga aurat

84. Tak memilih/cerewet

85. Badan yang sederhana. Tak kurus sangat, tak gemuk sangat and aku tak suka lelaki yang badannya terlebih berketul-ketul macam orang angkat berat tu. Ketul sikit sikit sikit sikit je okay lah jugak

86. Baby face (?) ...............

87. Pandai memujuk. Aku suka merajuk sebab nak menyakat hihihi

88. Lelaki yang pandai bab bab merepair segala benda alah. Nanti kawen boleh jimat duit. Semuanya husband yang repair lol tak tak maksudnya at least tau lah setakat nak tukar mentol tu karang gelap pulak rumah

89. King of aegyo. Hehehe /menyorok belakang almari/ k aku suka sebab sebab aku suka lah. Boleh tumbuk sikit lelaki yang macam ni

90. Pandai rap. Aku tertarik dengan orang yang pandai rap lagi lagi dalam lagu korea wahahah ada bran ke nak try rap macam jello? Aku suka rap yang sweet plus sexy eheheh macam L.joe

91. Lelaki yang tak pandang rendah kat orang lain

92. Lelaki yang pandai berdikari. Semua benda dia nak buat sendiri

93. Mulut tak berbau

94. Lelaki yang pandai mengaji. kalau dengar je, dah rasa tenang sangat

95. Lelaki yang nampak perfect dari luaran tapi sebenarnya ada jugak kelemahan and kelemahan dia aku dengan dia je yang tahu lol

96. Lelaki yang lebih tua. Tapi taknak beza jauh sangat. Dalam setahun tu okay lah. Kalau sama umur pun okay kalau lebih muda pun okay hehe “noonaaaaaaaa” /teringin/

97. Lelaki yang cintakan ilmu and akan terus berusaha untuk tambah ilmu ke arah kebaikan

98. Lelaki yang serius bila masuk bab kerja-kerja penting

99. Lelaki yang suka pakai cap senget 

100. Bila gelak mesti bahu dia terenjut-enjut eee comel je /hehe Inspirits mesti kenal/

101.  Penyabar

102. Lelaki yang power punya stare weeheee tapi tak nak yang gatal punya stare

103. Lelaki yang pakai sweater hitam and then tutup dia punya kepala bagi nampak muka je /eh ayat keling -.-

104. Bila pakai baju lengan panjang, dia akan tarik sampai ke siku

105. Bila dia cakap, boleh nampak keyakinan tu. Tak nak yang tergagap gagap sebab nervous ke apa

106. Style rambut yang tutup dahi. Tapi terpacak pun ok kalau sesuai dengan muka dia

107. Lelaki yang tak control macho depan perempuan. Kena lah natural macho punya hehe

108. Pandai speaking English and Korean so boleh lah ajar aku

109. Pandai berunding. Contohnya masa nak beli barang and etc

110. Lelaki yang suka jelir lidah. Bukannya 24 jam lah lol. Lelaki macam ni seksi contohnya Myungsoo

111. Suka masukkan tangan dalam poket seluar. Lebih macho kalau 1 tangan je

112. Lelaki yang pakai kemeja dengan tie tapi jangan pakai tie yang colourful macam nak pergi pasar malam tu

113. Bila first time aku jumpa lelaki tu, dia tengah bersandar kat dinding sambil pakai earfon hitam/putih and mata yang tertutup sebab tengah menghayati lagu and and tangan masuk poket. Hahah dah lama aku berangan macam ni tau ._.

114. Halkum yang sederhana. Chunji punya halkum besar duh tapi aku suka hahaha -.-

115. Tidur tak berdengkur. Kalau ye pun jangan kuat sangat lol kalau bunyi comel takpe

116. Lelaki yang suka main video game sebab aku pun suka so boleh main sesama

117. Berperangai yang agak childish. Ini comel ok

118. Setia sampai ajal yang memisahkan

119. Jangan sesekali bercakap/buat aksi/apa apa yang tak senonoh

120. Bila aku tengok mata dia, aku dapat rasa ketenangan dan kebahagiaan

121. Tak gigit kuku. biar aku sorang je yang gigit. kang tak macho

122. Takde misai/janggut. aku tak suka ._.

123. Lelaki yang mudah menerima nasihat/teguran

124. Tak suka bergosip yang tidak elok

125. Lelaki yang beradab masa makan

126. Pandai berenang ~.~

127. Tak suka memaksa. ughh benci lelaki macam ni

128. Benci durian. haha durian ni musuh ketat aku tau

129. Lelaki yang sayangkan alam sekitar. tak buang sampah merata-rata

130. Takda bulu kaki .___.

131. Mata berwarna coklat (?) feewittt

132. Tak suka pakai barang macam rantai, cincin, etc banyak-banyak. pendek kata aku suka yang simple je

133. Lepas makan kena basuh pinggan sendiri

134. Aku suka lelaki yang berambut messy tapi ikut time lah nak messy pun lol

135. Memiliki gayanya yang tersendiri. no copy copy 

136. Tak segan-segan depan kamera. hehe nak selca sesama k ignore -.-

137. Pandai jaga kulit tak kira lah kulit muka ke tangan ke kaki ke

138. Pandai drive kereta, moto, etc sebab aku ni penakut kalau bab-bab drive ni. itu yang sampai sekarang tak ambik lesen 

139. Bukan mat rempit

140. Tak suka buang masa untuk benda yang takda faedah

Yay ok dah habis. Sebenarnya aku taip semua ni pagi-pagi buta pukul 4, 5 macam tu sebab aku tak boleh tido. Aku asyik fikir pasal gikwang and those lucky fans TT_TT so semuanya ada 140 tapi aku tak pasti ada yang berulang ke tak harap-harap takde lah. Kalau ada jugak, sorry sangat-sangat. Aku ingat nak stop kat 100 je tadi tapi maklumlah pagi-pagi macam ni idea datang pergi datang pergi so disebabkan aku tak suka number ganjil, aku genapkanlah sampai 140. Semua ciri-ciri ni tak disusun mengikut urutan pun. Main taip apa yang terlintas je. Rasanya ada lagi kot tapi taknak keluar lol.

K bye assalamualaikum. Tag : yaya | kak hara | sya

“He’s not perfect. You aren’t either, and the two of you will never be perfect. But if he can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if he admits to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He isn’t going to quote poetry, he’s not thinking about you every moment, but he will give you a part of him that he knows you could break. Don’t hurt him, don’t change him, and don’t expect for more than he can give. Don’t analyze. Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad, and miss him when he’s not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys don’t exist, but there’s always one guy that is perfect for you.”― Bob Marley