Entry tak keluar kat dashboard?
Sunday 3 March 2013 | 7:17 am | 30 comments


Assalamualaikum and annyeong! Selamat pagi. Good morning awak awak awak. Awalnye nurin bangun ;o hehe actually nurin tak tidur pun tadi. Besok exam :( 

Entry tak keluar kat dashboard? Pernah tak jadi kat korang? Bila korang follow blog dia tapi entry dia tak keluar kat dashboard. Kenapa eh? Aih penat penat je aku follow, tapi tak dapat update daripada si dia. Tengok contoh gambar kat bawah ni.


Hah nampak tak kebangangan di situ? Or lagi satu, "blog not found". Kalau has been removed tu takpe lah sebab tu memang dah delete kan. Yang not found ni yang den bengang sangat. Korang nak tahu tak sebab-sebabnya? Or korang memang dah tahu. Takpe lah kalau dah tahu. Nurin nak bagitahu untuk yang belum tahu. 

Okay sebenarnya masalah ni jugak jadi kat ween. Sebabnya satu je. Sejak ween tukar url blog. Haa sejak tu lah mula nak buat perangai sampai menyusahkan ramai pihak. Tu salah satu sebabnya. Bila kita tukar url blog, followers kita yang lama lama dulu takkan dapat update dari blog kita. So korang tak payah lah tukar url blog tu. Decide url yang betul betul akan kekal forever. And baru baru ni ween baru tahu daripada Yun yang selain penukaran url blog, followers widget, follow button and blogskin jugak memainkan peranan o.O hoho thanks ye Yun. Yang ween tahu cuma sebab penukaran url blog je. Tak tahu pulak pasal follow button or what.

Yun cakap dia tak pernah tukar url blog tapi tetap entry dia tak keluar kat dashboard followers dia. So Yun ambik jalan lain. Followers dia kena re-follow guna follow button. Tak boleh guna followers widget. And kak Atin pun ada masalah entry tak keluar kat dashboard jugak. Terjah entry beliau di sini. Masalah ni jadi kat Yun and kak Atin sebab diorang guna blogskin.




Korang jugak boleh follow guna button ADD kat dashboard. Tapi button tu limitnya sampai 300 je. Kalau dah lebih, korang kena unfollow dulu baru boleh guna button ADD tu. Tapi takkan lah nak main unfollow pulak kan. So redha jelah kalau blog tu takde followers widget. Maaf sangat tak dapat nak followback.


Korang tahu tak sebab apa sesetengah blogger cakap diorang tak boleh follow blog yang takde followers widget? Sebab diorang dah kena limit follow yang membolehkan kita follow 300 blog je. Lepas kita dah follow lebih 300 blog, kita cuma akan boleh follow blog yang ada followers widget sahaja. Kalau guna button tak boleh.


Contoh bila korang guna button, dia akan keluar macam gambar kat bawah ni kan?  Okay cuba lepas dah keluar gambar kat bawah ni korang tekan sekali lagi kat button follow tu. Mesti dia akan jadi macam gambar first balik. Maksudnya korang tak jadi follower blog tu pun lah.



Yang ni pulak FOLLOWERS WIDGET


Kalau korang nak kurangkan jumlah following, boleh cek kat sini (tengok gambar) Melalui situ, korang boleh unfollow blog yang dah diremove atau yang tak aktif atau korang rasa tak berbaloi follow blog dia.



Haa korang cek lah kat situ berapa banyak dah blog yang korang follow. Kalau lebih 300, maknanya korang kena follow blog seterusnya guna followers widget. So boleh unfollow (kalau nak) guna button Settings kat situ ye. Kesimpulannya letaklah followers widget dalam blog korang tu bagi memudahkan orang lain untuk follow. Lagi satu, nasihat Ween better tak payah pakai blogskin :)